HARI SUKAN NEGARA , HARI KECERGASAN 2026 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMRAK (2)

RINGKASAN LAPORAN RINGKASAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 SK TAMAN SEMARAK Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat) Masa: 7.30 pagi – 8.30 pagi Sasaran: Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Tempat: Kelas masing-masing Ringkasan Program Program Hari Sukan Negara 2026 dilaksanakan bagi memupuk budaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik berpandukan tayangan video melalui televisyen di dalam kelas masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan pertandingan kecergasan mengikut kategori lelaki dan perempuan. Bagi kategori lelaki, pertandingan Skipping Challenge dijalankan dengan mengambil kira jumlah lompatan terbanyak dalam tempoh satu minit. Manakala bagi kategori perempuan, pertandingan Hula Hoop Challenge dilaksanakan berdasarkan tempoh paling lama murid berjaya memutarkan gelung tanpa terjatuh. Penentuan pemenang dibuat mengikut kategori Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 berdasarkan pencapaian terbaik murid. Objektif Program Membudayakan amalan gaya hidup sihat dan aktif. Meningkatkan kecergasan, koordinasi dan daya tahan fizikal murid. Memupuk semangat kesukanan, persaingan sihat dan keyakinan diri. Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan yang menyeronokkan. Impak yang Diharapkan Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan aktiviti fizikal, memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Event Information
|
Event Date |
23-10-2026 7:30 am - 9:30 am |
|
Cut Off Date |
22-10-2026 12:00 pm |
|
Capacity |
1200 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
1200 |
|
Individual Price |
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK 2026 |
|
Location |
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK
|
We are no longer accepting registration for this event