Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Sekolah - SJKT Ladang Kirby

1 Aktiviti Pembukaan: Senamrobik
Semua murid dan guru akan menyertai senamrobik yang dikendalikan oleh guru yang dilantik. Aktiviti ini bertujuan memanaskan badan, meningkatkan kecergasan dan menyediakan murid sebelum menjalankan aktiviti di stesen permainan.
2 Stesen 1: Batu Seremban
Murid akan bermain Batu Seremban secara individu atau berkumpulan mengikut kesesuaian. Aktiviti ini menguji kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan, fokus serta kesabaran.
3 Stesen 2: Ting Ting
Murid akan melompat mengikut petak permainan Ting Ting yang disediakan. Aktiviti ini membantu meningkatkan keseimbangan badan, koordinasi pergerakan dan ketangkasan murid.
4 Stesen 3: Tarik Upih (Guni)
Murid akan menyertai permainan menggunakan guni yang sesuai dan selamat. Permainan boleh dijalankan secara berpasangan untuk silih ganti tarik dan duduk mengikut peraturan yang ditetapkan oleh guru bertugas. Aktiviti ini menggalakkan kecergasan, ketangkasan dan semangat kesukanan.
5 Stesen 4: Nenek Si Bongkok Tiga – Ikat Mata Cari Kawan
Seorang murid akan memakai penutup mata dan cuba mencari rakan berdasarkan arahan atau bunyi yang diberikan. Permainan ini hendaklah dijalankan dalam kawasan lapang yang selamat, dengan pengawasan guru sepanjang masa. Pergerakan perlu dihadkan dan tidak dibenarkan berlari atau menolak rakan.
RUMUSAN:
Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SJKT Ladang Kirby dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini diharapkan dapat membudayakan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan antara warga sekolah serta menanam minat murid terhadap aktiviti sukan dan permainan tradisional.
Event Information
|
Event Date |
24-10-2026 |
|
Event End Date |
24-10-2026 |
|
Cut Off Date |
24-10-2026 |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SJKT LADANG KIRBY
|
We are no longer accepting registration for this event