Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SJKC Masjid Tanah, Melaka Tahun 2026

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SJKC Masjid Tanah, Melaka Tahun 2026 Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SJK(C) Masjid Tanah, Melaka Tahun 2026 Sambutan Hari Sukan Negara 2026 telah diadakan pada 21 Oktober 2026 (Rabu), dari pukul 7.30 hingga 8.30 pagi bertempat di Dewan Besar SJK(C) Masjid Tanah. Program ini melibatkan semua murid dan guru sekolah. Aktiviti senamrobik telah dijalankan bagi meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk semangat kerjasama serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripada murid dan guru. Walau bagaimanapun, aktiviti bermula lewat disebabkan masalah teknikal pada skrin LED dewan. Selain itu, terdapat segelintir murid yang kurang mahir mengikuti pergerakan senamrobik. Pihak sekolah dicadangkan untuk memeriksa sistem siaraya dan skrin LED serta memberikan demonstrasi pergerakan sebelum aktiviti dimulakan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membentuk warga sekolah yang cergas, aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Event Information

Event Date 21-10-2026 7:30 am - 8:30 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SJKC MASJID TANAH