SUKAN JKPTG NEGERI MELAKA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

SUKAN JKPTG NEGERI MELAKA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 Kelab Kebajikan dan Sukan JKPTG Persekutuan Negeri Melaka akan menganjurkan beberapa aktiviti sukan dalaman sempena Hari Sukan Negara 2026 yang dijadualkan pada 9, 10 dan 11 Oktober 2026 Antara aktiviti sukan yang telah dipertandingkan ialah Karom, Dart, Ping Pong dan Bola Tampar. Penganjuran aktiviti ini bertujuan menggalakkan penglibatan warga jabatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi, di samping memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan suasana kerja yang lebih sihat dan harmoni.   Selain itu, Program Cabaran Loss Weight 100 Hari turut dilaksanakan  dan akan berakhir pada 11 Oktober 2026. Ekoran daripada itu, perlawanan persahabatan Bola Tampar bersama Pihak Berkuasa Tempatan turut diadakan bagi menjayakan program cabaran 100 hari tersebut. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada warga JKPTG dalam usaha melestarikan #Malaysiaaktif dan mengamalkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal secara berterusan.   Kesimpulannya, penganjuran aktiviti-aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga jabatan terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping memperkukuh semangat kekitaan serta hubungan silaturahim dalam kalangan warga JKPTG Persekutuan Negeri Melaka. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi untuk membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat dan menyokong usaha ke arah melahirkan warga yang cergas, sihat dan produktif melalui semangat Malaysia Aktif.

Event Information

Event Date 07-07-2026
Event End Date 15-10-2026
Cut Off Date 15-10-2026
Capacity 60
Registered 1
Available Place 59
Individual Price PERCUMA
Location AYER KEROH