KEJOHANAN FUTSAL TAMAN DESA BERTAM 2026

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Bertam Fasa A akan menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Taman Desa Bertam 2026 pada 17 Oktober 2026 (Sabtu), bermula jam 7.45 pagi hingga 3.00 petang di Gelanggang Futsal TS Park, Taman Desa Bertam, Melaka. Kejohanan ini terbuka kepada penduduk Taman Desa Bertam berumur 15 tahun ke atas bagi menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan penduduk, memupuk amalan gaya hidup sihat serta mencungkil bakat baharu dalam sukan futsal. Penganjuran ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan, di samping menggalakkan golongan remaja dan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Program akan dimulakan dengan pendaftaran peserta dan sarapan pada jam 7.45 pagi, diikuti perlawanan peringkat kumpulan pada jam 8.15 pagi. Perasmian oleh YB Datuk Rais Yasin dijadualkan pada jam 9.00 pagi sebelum perlawanan peringkat kumpulan disambung pada jam 9.30 pagi. Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada jam 12.00 tengah hari, diikuti waktu rehat, makan dan solat pada jam 1.00 petang. Perlawanan separuh akhir akan bermula pada jam 2.00 petang, manakala perlawanan akhir pada jam 2.45 petang. Program akan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan majlis bersurai pada jam 3.00 petang.
Event Information
|
Event Date |
17-10-2026 8:00 am - 3:00 pm |
|
Capacity |
100 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
100 |
|
Individual Price |
$70.00 |
|
Location |
TS Park Taman Desa Bertam
|
We are no longer accepting registration for this event