
Semarakkan Hari Sukan Negara bersama warga Hospital Jasin! Program Sarong Walk Hospital Jasin 2026 dianjurkan bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berjalan kaki, di samping memartabatkan keunikan warisan budaya kain sarung seperti batik dan pelikat dalam kalangan masyarakat. Sambutan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas hospital dan komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang membina kecergasan serta kesejahteraan bersama. Bawa kain batik atau pelikat kesayangan anda, sarungkan dengan gaya paling kreatif, dan ikuti aktiviti berjalan santai yang penuh keriangan! Penyertaan adalah PERCUMA dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti saringan kesihatan, senamrobik, booth jualan, pertandingan baju terbaik, serta cabutan bertuah! Ajak ahli keluarga, jiran, dan rakan-rakan anda! Bersama-sama kita "Mengekalkan Tradisi, Memperkasakan Kesihatan". Jumpa di sana!