Hari Sukan Negara Tahun 2026 (Sambutan Peringkat Sekolah - SR Arab JAIM Selandar 2026) (2)

RUMUSAN, KEJAYAAN DAN IMPAK PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 Sekolah Rendah Arab JAIM Selandar telah berjaya menganjurkan Program Hari Sukan Negara dengan penglibatan aktif warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid. Program ini telah diisi dengan aktiviti senamrobik dan permainan tradisional yang mendapat sambutan menggalakkan daripada semua peserta. Kejayaan program dapat dilihat melalui kelancaran pelaksanaan aktiviti serta komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan murid-murid. Penglibatan menyeluruh warga sekolah telah menjadikan program ini lebih meriah, bermakna dan mencapai objektif yang dirancang. Impak program pula berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, kecergasan fizikal dan amalan gaya hidup aktif. Selain itu, aktiviti permainan tradisional turut memberi peluang kepada murid untuk mengenali serta menghargai warisan budaya masyarakat. Program ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan hubungan silaturahim antara warga sekolah. Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan impak positif kepada warga sekolah. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan warga sekolah yang sihat, cergas, aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Event Information
|
Event Date |
04-11-2026 7:30 am - 10:30 am |
|
Capacity |
278 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
278 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SR ARAB JAIM SELANDAR
|
We are no longer accepting registration for this event