SUPERSKAL HARI SUKAN NEGARA SK AYER LANAS 2026

Program SUPERSKAL Hari Sukan Negara SKAL 2026 merupakan program sukan dan kecergasan yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini akan berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), bermula pada pukul 7.40 pagi hingga 1.10 tengah hari.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan, antaranya senamrobik, pertandingan bola sepak, pertandingan bola jaring dan pertandingan sukaneka. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta membentuk kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan murid dan warga sekolah.
Diharapkan program ini dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan serta melahirkan warga SKAL yang sihat, cergas dan cerdas. Sihat Badan, Cergas Minda, Warga SKAL Gemilang!
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 7:40 am - 1:10 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK AYER LANAS
|