SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif untuk membudayakan amalan bersukan dan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, pihak Unit Kokurikulum dan Sukan SMK Chabang Empat telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 bagi menggalakkan warga organisasi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap kesihatan fizikal dan mental di samping mewujudkan suasana yang ceria, aktif dan harmoni. Sambutan Hari Sukan Negara melibatkan 1540 orang pelajar dan guru. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah: ·         Senamrobik ·         Jalan santai (Brisk Walk) ·         Sukaneka: -       Sepakan Penalti (Guru/Pelajar) -       Futsal Padang -       Bola Jaring  

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:40 am - 1:10 pm
Capacity 1540
Registered 0
Available Place 1540
Individual Price Free
Location SMK CHABANG EMPAT

We are no longer accepting registration for this event