SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (2)

Program Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat SMK(A) Dato’ Ismail telah dilaksanakan bagi menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Program yang berlangsung pada 10 Oktober 2026, iaitu hari Sabtu, bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.00 petang ini telah bertempat di padang sekolah. Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal serta menggalakkan penyertaan aktif murid dan guru dalam kegiatan sukan. Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi telah dirancang sempena sambutan ini, antaranya senamrobik, futsal lelaki, futsal perempuan, bola sepak, bola jaring dan petanque. Aktiviti-aktiviti ini memberikan peluang kepada warga sekolah untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang menyeronokkan di samping meningkatkan kecergasan fizikal, daya tahan tubuh dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan turut menekankan nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, toleransi, semangat berpasukan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain. Penganjuran program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dengan murid serta mewujudkan suasana sekolah yang lebih ceria, harmoni dan aktif. Melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, murid dapat membina keyakinan diri, memupuk semangat kesukanan dan mengamalkan persaingan yang sihat. Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat SMK(A) Dato’ Ismail diharapkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan serta memberikan kesedaran kepada seluruh warga sekolah tentang kepentingan menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian. Program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan warga sekolah yang sihat, cergas, aktif dan seimbang dari segi fizikal, mental serta sosial.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 7:30 am - 2:00 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SMK(A) DATO' ISMAIL |
We are no longer accepting registration for this event