PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK MACHANG TAHUN 2026

Penganjuran Hari Sukan Negara di peringkat sekolah dapat menjadi wadah untuk menggalakkan warga sekolah melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan sukan secara aktif. Sehubungan dengan itu, SMK Machang telah menganjurkan Hari Sukan Negara sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan aktiviti fizikal, kecergasan dan gaya hidup sihat. Program ini mensasarkan semua warga SMK Machang iaitu murid Tingkatan 1 hingga 5, murid PPKi, pelajar Tingkatan 6, guru dan AKP. Pelbagai aktiviti telah diadakan yang berbentuk pertandingan bagi mengglakkan pelibatan murid secara aktif. Antara aktiviti adalah senamrobik, pertandingan sepakan penalti, pertandingan petanque dan sukaneka.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 7:30 am - 11:20 am |
|
Capacity |
920 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
920 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SMK MACHANG |
We are no longer accepting registration for this event