LAPORAN HARI SUKAN NEGARA

Program Hari Sukan Negara 2026 telah diadakan bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi negara untuk menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sukan dalam melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan aktif, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Pada pukul 7.45 pagi, semua murid telah berkumpul di Dewan Bestari. Program dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu, iaitu Negaraku dan Selamat Sultan, diikuti dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Puan Rohani binti Mat Yazid @ Ab. Aziz. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan bersukan dalam membentuk gaya hidup sihat serta memupuk semangat kerjasama, disiplin dan perpaduan dalam kalangan murid.
Pada pukul 8.15 pagi, aktiviti senamrobik telah dijalankan dengan penyertaan murid-murid dan guru-guru. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan serta berjaya menceriakan suasana program. Selepas itu, pengisian Hari Sukan Negara diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan warga sekolah.
Pada pukul 9.45 pagi, semua peserta diberikan masa untuk berehat bagi Tahap 1. Seterusnya, rehat Tahap 2 diadakan pada pukul 10.15 pagi. Waktu rehat ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menjamu selera dan mengembalikan tenaga sebelum meneruskan aktiviti yang telah dirancang.
Pada pukul 10.45 pagi, pengisian Hari Sukan Negara diteruskan dengan aktiviti yang menggalakkan penglibatan aktif murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut memupuk nilai kerjasama, semangat kesukanan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.
Akhir sekali, pada pukul 12.45 tengah hari, program diakhiri dengan sesi bersurai. Secara keseluruhannya, Program Hari Sukan Negara 2026 telah memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi yang sihat tubuh badan, cerdas minda dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.
Disediakan oleh:
....................................................
Nama: NADHIRAH BINTI MOHD ZAIN
Jawatan: SETIAUSAHA KOKURIKULUM SK ABDUL HADI
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 7:45 am - 1:00 pm |
|
Capacity |
260 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
260 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK ABDUL HADI
|
We are no longer accepting registration for this event