Hari Sukan Negara Peringkat KV Pengkalan Chepa 2026
.jpeg)
Sambutan Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan budaya bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, khususnya warga kolej. Penganjuran program ini di peringkat kolej bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam menjaga kesihatan tubuh badan serta kesejahteraan mental dan emosi pelajar. Selain itu, program ini menjadi platform kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin, kepimpinan serta sikap bertanggungjawab. Penyertaan dalam aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dan seluruh warga kolej, sekali gus mewujudkan suasana kampus yang harmoni dan positif. Penganjuran Sambutan Hari Sukan Negara di kolej diharapkan dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui program ini, warga kolej bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah dapat membentuk sahsiah diri yang positif serta mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 8:00 am - 12:00 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
Jalan maktab
|
We are no longer accepting registration for this event