
IMPAK PROGRAM:Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan dan senaman.Memperkukuh semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga SK Sri Kiambang.Mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, selamat dan kondusif melalui aktiviti gotong royong bersama.Penyertaan 100% murid dan guru menunjukkan sambutan yang sangat memberangsangkan.KESIMPULAN:Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SK Sri Kiambang telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan teratur. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membudayakan sukan dalam kalangan warga sekolah.