AKTIVITI SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 KELAB SUKAN DAN REKREASI SPRM KELANTAN (KSR SPRM KELANTAN) (2)

LAPORAN RASMI AKTIVITI SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 KELAB SUKAN DAN REKREASI SPRM KELANTAN (KSR SPRM KELANTAN Tarikh Program : 11 Oktober 2026 (Ahad) Tempat : Workout Zone, Aras 1, Blok B, Kompleks SPRM Kelantan Penganjur : KSR SPRM Kelantan Bilangan Peserta : 40 orang Aktiviti Utama : Senamrobik 1.0 TUJUAN Laporan ini disediakan bagi pelaksanaan aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara 2026 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi SPRM Kelantan (KSR SPRM Kelantan) yang telah diadakan pada 11 Oktober 2026 bertempat di Workout Zone, Aras 1, Blok B, Kompleks SPRM Kelantan. 2.0 LATAR BELAKANG Hari Sukan Negara merupakan inisiatif untuk menggalakkan masyarakat membudayakan aktiviti sukan dan rekreasi serta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Sehubungan itu, KSR SPRM Kelantan telah melaksanakan aktiviti senamrobik selama 60 minit bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 sebagai usaha menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti kecergasan fizikal. Penganjuran ini turut mencerminkan komitmen kelab dalam menyokong pembudayaan sukan dan amalan hidup sihat dalam kalangan warga SPRM Kelantan. 3.0 OBJEKTIF PROGRAM Objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut:  i. Menggalakkan warga SPRM Kelantan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti senamrobik. ii. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal. iii. Memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja. iv. Menggalakkan penyertaan warga kerja dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang dianjurkan oleh kelab.  4.0 PENYERTAAN Seramai 40 orang ahli KSR telah terlibat dalam program ini. Penyertaan tersebut menunjukkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026. Program ini menyediakan ruang kepada ahli KSR untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan serta menyokong usaha membudayakan amalan hidup sihat di tempat kerja. 5.0 HASIL DAN IMPAK PROGRAM  Penganjuran program ini bertujuan memberikan manfaat kepada ahli KSR melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Antara hasil yang disasarkan adalah seperti berikut: i. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti senamrobik. ii. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. iii. Menggalakkan interaksi dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja. iv. Menyokong usaha KSR SPRM Kelantan dalam mempergiat aktiviti sukan dan rekreasi untuk warga SPRM Kelantan. 6.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara 2026 anjuran KSR SPRM Kelantan yang telah dilaksanakan pada 11 Oktober 2026 di Workout Zone, Aras 1, Blok B, Kompleks SPRM Kelantan dengan penglibatan seramai 40 orang ahli KSR telah dirasmikan oleh PPj Najwa binti Mohd Sabry, Pengerusi KSR SPRM Kelantan. Diharapkan agar penganjuran aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kecergasan fizikal serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga SPRM Kelantan.

Event Information

Event Date 11-10-2026 9:30 am - 11:00 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SPRM KELANTAN

We are no longer accepting registration for this event