Bersempena dengan Hari Sukan Negara 2026, seluruh warga sekolah yang terdiri daripada guru dan murid telah menyertai Senamrobik Serentak yang diadakan di dewan sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.