Sambutan Hari Sukan Negara & Karnival SEGAK SJKT (T) Ganesar 2026

1.0 PERANCANGAN AKTIVITI (JADUAL & MODUL) 1.1 Tentatif Pelaksanaan Atur Cara 07.40 pagi: Ketibaan dan pendaftaran murid, guru, serta staf di Tapak Perhimpunan SJK (T) Ganesar. 07.45 pagi: Gimik Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2026 07.50 pagi: Ucapan Perasmian oleh Pentadbir Sekolah. 08.00 pagi: Sesi Pemanasan Badan dan Senamrobik Warga Sekolah 08.30 pagi: Pelaksanaan Karnival SEGAK (Tahun 1 hingga Tahun 6) mengikut stesen ujian 10.15 pagi: Rehat. 10.45 pagi: Bermula Aktiviti Pertandingan Sukan dan Sukaneka: Prasekolah (10.30 - 11.30 pagi): Modul 5 Aktiviti Fizikal. Tahap 1 & Tahap 2 (11.00 - 11.45 pagi): Perlawanan Bola Sepak Lelaki & Perempuan (Kumpulan A vs Kumpulan B). • Tahap 1 & Tahap 2 (11.45 pagi - 12.15 tengah hari): Pertandingan Sukaneka Stesen/Relay Berhalang. 12.15 tengah hari: Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pemenang 01.15 petang: Bersurai. 1.2 Perincian Modul Pertandingan Prasekolah 1. Larian Katak 2. Membawa Bola Dalam Gelung 3. Lari Berganti-Ganti (Baton Pass) 4. Balingan Pundi Kacang 5. Tiupan Bola Pingpong Gelung rotan, pundi kacang, cawan plastik, bola pingpong, meja, wisel, jam randik, baton, bola pelbagai saiz. Tahap 1 (L/P) Pertandingan Bola Sepak 7-Sebelah: Kumpulan A vs Kumpulan B (20 Minit) Tahap 2 (L/P) Pertandingan Bola Sepak : Kumpulan A vs Kumpulan B (20 Minit) Tahap 1 & 2 (Campuran) Sukaneka Larian Relay Berhalang (6 Kumpulan): Stesen 1: Larian pelapik kertas A4 Stesen 2: Bawa bola pingpong dalam sudu zig-zag Stesen 3: Larian kon kertas muka mengelilingi kon LAPORAN RINGKAS PELAKSANAAN PROGRAM Hari Sukan Negara dan Karnival SEGAK Peringkat Sekolah SJK (T) Ganesar Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya. Penglibatan menyeluruh daripada murid Prasekolah hingga Tahap 2, barisan guru, serta staf sokongan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat. Pencapaian Objektif 1. Peningkatan Tahap Kecergasan: Pentaksiran SEGAK dan aktiviti sukaneka berjaya mengukur serta meningkatkan daya fizikal dan tahap kecergasan murid secara sistematik. 2. Semangat Kerja Pasukan: Menerusi aktiviti sukaneka berpasukan dan pertandingan bola sepak, murid dapat memupuk nilai disiplin, kerjasama, dan semangat kesukanan yang tinggi. 3. Penglibatan Inklusif: Semua murid tanpa mengira tahap keupayaan diberikan peluang menyertai sekurang-kurangnya satu acara sukan atau sukaneka yang dirancang secara teratur.
Event Information
|
Event Date |
11-10-2026 7:45 am - 1:15 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SJKT GANESAR
|
We are no longer accepting registration for this event