LAPORAN HARI SUKAN NEGARA

     Sekolah Kebangsaan Semeling telah mengadakan Karnival Sukan Megafit  pada 14 dan 15 Oktober bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan sempena Hari Sukan Negara tahun 2026. Karnival Sukan Megafit adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan. Program ini juga bertujuan untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan seiring dengan konsep Malaysia MADANI dengan menghormati dan meraikan perbezaan agama serta budaya sesama kaum. Pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah sukaneka tahap 1,  senamrobik, 'Chair Fitness Aerobic, dan pertandingan bola baling bagi tahap 2. Semua aktiviti dapat dijalan dengan lancar dan mencapai objektif.

Event Information

Event Date 14-10-2026
Event End Date 15-10-2026
Capacity 760
Registered 0
Available Place 760
Individual Price Free
Location SK SEMELING

We are no longer accepting registration for this event