HARI SUKAN NEGARA

Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Dusun telah diadakan pada 11 Oktober 2026 (AHAD) bermula jam 7.30 pagi dengan penglibatan seluruh warga sekolah. Program ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memperkukuh semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid serta guru. Program dimulakan dengan sesi berkumpul di tapak perhimpunan, pendaftaran kehadiran murid dan aktiviti senamrobik secara beramai-ramai. Seterusnya, pelbagai permainan melibatkan murid Tahap Satu dan Tahap Dua dilaksanakan bagi menggalakkan penyertaan aktif, membina keyakinan diri serta memupuk nilai kepimpinan dan semangat berpasukan. Aktiviti permainan bersama guru dan murid turut menyerikan sambutan sekali gus mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Majlis diteruskan dengan perasmian penutup pada jam 9.45 pagi sebelum murid menikmati waktu rehat secara berperingkat. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya menyemarakkan budaya bersukan serta melahirkan murid yang aktif, berdisiplin, berdaya saing dan mengutamakan kesejahteraan fizikal serta mental dalam kehidupan seharian.

Event Information

Event Date 10-11-2026
Event End Date 10-11-2026
Registration Start Date 10-11-2026
Capacity 476
Registered 0
Available Place 476
Individual Price Free
Location SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUSUN