BUKIT MERIAM BRISKWALK

BUKIT MERIAM BRISKWALK Peserta program berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat. Selepas itu diadakan aktiviti memanaskan badan yang dikendalikan oleh murid, Mohd Amsyar. Kemudian, peserta program yang berjumlah 82 orang kesemuanya terdiri daripada murid, guru dan pekerja 'briskwalk' ke Dataran Tsunami dan meneruskan perjalanan ke Anjung Tsunami yang terletak bersebelahan melalui jalan dalam kampung. Peserta program berehat seketika di situ sambil menikmati pemandangan dan menghirup udara segar. Lebih kurang 15 minit berehat, para peserta briskwalk pulang ke sekolah melalui jalan tepi bendang. Sampai di sekolah, aktiviti pengenduran badan diadakan. Program tamat pada pukul 9.45 pagi. Murid bersurai untuk rehat.

Event Information

Event Date 11-10-2026 7:45 am - 9:45 am
Capacity 82
Registered 0
Available Place 82
Individual Price Free
Location SK Bukit Meriam

We are no longer accepting registration for this event