HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI KEDAH

HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI KEDAH LAPORAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI KEDAH 1.0 PENDAHULUAN Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah telah diadakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), bertempat di perkarangan JPJ Negeri Kedah. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan semangat kerjasama dan kesukanan. 2.0 BUTIRAN PROGRAM Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat) Masa: 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat: Perkarangan JPJ Negeri Kedah Program: Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat JPJ Negeri Kedah 3.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi telah diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya: Senamrobik Fun Walk Netball Brotherhood Ratu Penalti Kedah Langkah Sehati Sejiwa Kain Rebut Sentuhan Berantai Sukaneka kanak-kanak – misi memburu coklat, span power, belon kapit dan bola muzik   Penyertaan 1.         Kakitangan dan pasangan -           181 orang 2.         Anak Kakitangan                 -          103 orang                                                 Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada warga kerja untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang menyeronokkan serta menggalakkan semangat berpasukan, perpaduan dan persaingan secara sihat.   4.0 HASIL DAN IMPAK PROGRAM Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti fizikal secara berkala. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara warga kerja, memupuk nilai kerjasama dan disiplin serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan positif. 5.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat JPJ Negeri Kedah merupakan satu inisiatif yang bermanfaat dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong kesejahteraan warga kerja serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam organisasi.

Event Information

Event Date 09-10-2026 7:00 am - 12:00 pm
Capacity 250
Registered 0
Available Place 250
Individual Price Free
Location JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI KEDAH

We are no longer accepting registration for this event