SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SJKC CHIH MONG 2026 (2)

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SJKC CHIH MONG 2026 (2) Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat SJKC Chih Mong telah berjaya dilaksanakan pada 09 Oktober 2026 sebagai usaha membudayakan sukan dan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian warga sekolah. Program ini telah mendapat penglibatan secara menyeluruh  daripada murid, guru, dan staf sekolah bagi memupuk kesedaran fizikal serta menangani masalah obesiti.  Objektif Yang Telah Dicapai: Menggalakkan budaya bersukan bagi melahirkan warga sekolah yang cerdas, cergas, dan sihat. Mengeratkan hubungan silaturahim dan integrasi dalam kalangan murid, guru, staf, serta pekerja sekolah. Memupuk kesedaran berterusan mengenai kepentingan aktiviti fizikal demi kesihatan jangka panjang. Kumpulan Sasaran / Penglibatan: Seluruh warga SJKC Chih Mong (Murid, Guru, Staf, dan Pekerja Sekolah). Aktiviti Utama Yang Dijalankan: Sesi Ucapan Perasmian dan Senamrobik beramai-ramai. Pelbagai acara sukaneka interaktif (Baling Bola Ping Pong, Tiup Bola Ping Pong, Permainan XOX, dan Bola dalam Tiub). Acara Kemuncak (Menggunakan Kertas Membawa Air) serta Majlis Penyampaian Hadiah.

Event Information

Event Date 09-10-2026
Event End Date 09-10-2026
Cut Off Date 09-10-2026
Capacity 50
Registered 0
Available Place 50
Individual Price Free
Location SJKC CHIH MONG

We are no longer accepting registration for this event