Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2026

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2026 Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat SK Dato’ Abdul Hamid (2) telah dilaksanakan dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Program ini melibatkan penyertaan murid, guru dan kakitangan sekolah dalam pelbagai aktiviti kecergasan dan riadah yang bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah senamrobik beramai-ramai dan aktiviti berjalan kaki secara berkumpulan di sekitar kawasan sekolah serta laluan persekitaran yang dikelilingi pemandangan sawah padi. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan peluang kepada murid untuk meningkatkan kecergasan fizikal, malah mewujudkan suasana pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Sepanjang program berlangsung, murid-murid menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin yang baik. Penglibatan aktif guru dalam membimbing serta mengiringi murid turut mengeratkan hubungan antara warga sekolah di samping memupuk nilai perpaduan, kepimpinan dan semangat berpasukan. Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat SK Dato’ Abdul Hamid (2) berjaya mencapai objektif penganjurannya dalam menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti fizikal. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi murid yang sihat, cergas, berdisiplin dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani serta intelek. “BADAN CERGAS, MINDA CERDAS, WARGA SEKOLAH SEJAHTERA”

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SK DATO' ABDUL HAMID (2)

We are no longer accepting registration for this event