Program hari sukan Negara
Huraian Program
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat SMKA Tun Sakaran, Semporna merupakan program yang dianjurkan bagi menggalakkan warga sekolah mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan serta kesejahteraan mental.
Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan warga sekolah melalui penglibatan dalam aktiviti sukan yang dijalankan. Program ini juga menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin, semangat berpasukan, toleransi dan kesukanan dalam kalangan peserta.
Diharapkan agar sambutan ini dapat meningkatkan penglibatan warga SMKA Tun Sakaran dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta menjadikan amalan hidup sihat sebagai sebahagian daripada budaya kehidupan seharian, selaras dengan usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Objektif Program
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dan aktif.
Menggalakkan penglibatan murid dan guru dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan.
Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
Membentuk murid yang cergas, sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Cadangan aktiviti
Senamrobik perdana
Aktiviti berjalan kaki atau larian santai
Sukaneka antara kelas
Pertandingan permainan tradisional
Aktiviti kecergasan berkumpulan
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 |
|
Event End Date |
10-10-2026 |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SMKA TUN SAKARAN
|
We are no longer accepting registration for this event