HARI SUKAN NEGARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOK LANAS

HARI SUKAN NEGARA  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOK LANAS Program Hari Sukan Negara 2026 merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas bagi menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti sukan, rekreasi dan permainan. Program ini akan dilaksanakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), bermula 7.30 pagi hingga 1.10 tengah hari sebagai salah satu usaha membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan murid serta warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik disediakan merangkumi acara santai, pertandingan sukan dan klinik sukan. Antara aktiviti yang dirancang ialah senam robik, random chess, big volleyball ball, penalty kick, shooting netball, petanque, bowling, timbang takraw dan pertandingan digital poster. Selain itu, klinik sukan bola baling, bola tampar dan badminton turut diadakan bagi memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran asas murid dalam bidang sukan. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk bersukan dan beriadah, malah dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin, persaingan secara sihat, kepimpinan dan hubungan yang lebih erat antara murid, guru serta warga sekolah. Penglibatan guru dalam beberapa aktiviti turut mewujudkan suasana yang lebih ceria, santai dan inklusif. Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara 2026 SMK Kok Lanas diharapkan dapat menjadi platform untuk membentuk warga sekolah yang aktif, cergas, sihat dan mempunyai semangat kesukanan, selaras dengan aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.                    

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:30 am - 1:10 pm
Cut Off Date 09-10-2026 10:00 am
Capacity 1046
Registered 0
Available Place 1046
Individual Price Free
Location SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOK LANAS