HARI SUKAN NEGARA KOLEJ TINGKATAN ENAM TAPAH 2026 (3)

Program Hari Sukan Negara KTE Tapah 2026 merupakan satu program yang dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan aktif warga kolej dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini memberi peluang kepada para pelajar, pensyarah dan staf untuk bersama-sama menyertai aktiviti fizikal dalam suasana yang sihat, ceria dan harmoni. Pelbagai aktiviti sukan dijalankan bagi memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kolej. Penganjuran program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian. Objektif: Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif. Memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesejahteraan warga kolej. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KTE Tapah.
Event Information
|
Event Date |
30-10-2026 7:30 am - 12:00 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
KOLEJ TINGKATAN ENAM TAPAH |
We are no longer accepting registration for this event