HARI SUKAN NEGARA DAN SUKAN TAHUNAN SK CHABANG EMPAT 2026

LAPORAN RINGKAS PERJALANAN AKTIVITI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK CHABANG EMPAT 2026 BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA
Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu) Tempat: Sekolah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat, Kelantan Jumlah penglibatan: 700 orang
1. Perjalanan Aktiviti Kejohanan Sukan Tahunan SK Chabang Empat 2026 bersempena Hari Sukan Negara telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Program dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan, diikuti acara sukaneka, pertandingan balapan serta pelbagai aktiviti sukan yang melibatkan murid dan warga sekolah. Pelbagai acara telah dilaksanakan mengikut kategori yang ditetapkan, termasuk acara sukaneka murid Tahun 1 hingga Tahun 6, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), acara terbuka serta pertandingan yang melibatkan ibu bapa dan guru. Semua aktiviti berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat kesukanan.
2. Penglibatan Program ini melibatkan kira-kira 700 orang yang terdiri daripada murid prasekolah hingga Tahun 6, murid PPKI, guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
3. Penutup Secara keseluruhannya, kejohanan ini telah mencapai objektif penganjuran dengan menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 7:45 am - 1:30 am |
|
Cut Off Date |
09-10-2026 8:00 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK CHABANG EMPAT |
We are no longer accepting registration for this event