HARI SUKAN NEGARA (MUSICAL CHAIR)
.jpg)
Pelaksanaan aktiviti dijalankan secara bergilir-gilir (rotation) melibatkan enam buah stesen dengan tempoh 20 minit bagi setiap stesen. Setiap stesen dikendalikan oleh fasilitator yang bertanggungjawab membimbing dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. Enam aktiviti yang dijalankan ialah: Stesen 1 – Musical Chair: Menguji kepantasan, fokus dan kepekaan murid. Stesen 2 – Gegelung Berantai: Menggalakkan kerjasama dan koordinasi antara ahli kumpulan. Stesen 3 – Isi Air Dalam Botol: Menguji ketangkasan, kepantasan dan kerjasama murid. Stesen 4 – Bola Beracun: Meningkatkan kecergasan, kelincahan dan kecekapan pergerakan. Stesen 5 – Tarik Tali: Memupuk semangat berpasukan, kekuatan fizikal dan daya tahan. Stesen 6 – Bola Jaring: Meningkatkan kemahiran koordinasi, ketangkasan dan semangat kesukanan. Program dimulakan dengan perhimpunan murid pada pukul 7.20 pagi, diikuti senamrobik pada pukul 7.30 pagi dan taklimat program pada pukul 7.50 pagi. Aktiviti sukan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1200 tengahari Secara keseluruhannya, program ini memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan, meningkatkan kecergasan diri serta mengamalkan nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan. Program ini turut menyokong usaha membentuk warga sekolah yang sihat, aktif dan cergas selaras dengan aspirasi Hari Sukan Negara.
Event Information
|
Event Date |
11-10-2026 7:00 am - 12:00 pm |
|
Capacity |
274 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
274 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK BATU 36, SELANGAU
|
We are no longer accepting registration for this event