
Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2026 yang diadakan pada 16 Oktober 2026 di Kompleks Sukan Sarikei telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Program yang dijalankan bersama SJK Su Dok dan SJK Nam Kiew ini telah mencapai objektif yang ditetapkan serta berjaya memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Program ini turut memberikan pengalaman yang bermakna dan impak positif kepada seluruh warga sekolah.