
Program Hari Sukan Negara di SK Seri Wakaf Bharu dianjurkan bagi memupuk budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Program ini bertujuan menggalakkan murid dan guru melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim melalui semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian serta melahirkan warga sekolah yang sihat, cergas dan bersemangat.