KEJOHANAN T-BALL U9 & U11 TERBUKA KEBANGSAAN EDISI 3.0 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

βΎ KEJOHANAN T-BALL TERBUKA KEBANGSAAN EDISI KE-3 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 π²πΎ Kejohanan T-Ball Terbuka Kebangsaan kembali lagi untuk edisi ke-3 sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026! Kejohanan ini menghimpunkan bakat-bakat muda dari seluruh Malaysia melalui dua kategori yang dipertandingkan: πΉ Bawah 9 Tahun (U9)πΉ Bawah 11 Tahun (U11) Penyertaan dibuka kepada persatuan negeri, sekolah, akademi serta kelab-kelab besbol dan sofbol dari seluruh Malaysia, sekali gus menyediakan platform pertandingan yang sihat dan kompetitif untuk pemain-pemain muda mempamerkan bakat serta mengembangkan potensi mereka dalam sukan besbol. Lebih daripada sekadar pertandingan, kejohanan ini merupakan sebahagian daripada usaha pembangunan sukan di peringkat akar umbi dengan matlamat untuk: βΎ Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan bagi melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berdaya saing. π Memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pemain, guru, jurulatih, pegawai, ibu bapa serta masyarakat. π€ Mengeratkan perpaduan dan semangat kebersamaan melalui interaksi positif antara peserta dan komuniti daripada pelbagai latar belakang. π Mencungkil dan mengasah bakat muda dalam sukan besbol sebagai asas kepada pembangunan pemain serta kesinambungan pelapis atlet negara pada masa hadapan. Melalui T-Ball, anak-anak bukan sahaja diperkenalkan kepada asas sukan besbol, malah turut belajar tentang kerjasama berpasukan, disiplin, keyakinan diri, semangat kesukanan dan persahabatan. Dari T-Ball bermulanya langkah pertama. Dari akar umbi lahirnya bintang masa hadapan. βΎπ Jumpa anda di Kejohanan T-Ball Terbuka Kebangsaan Edisi Ke-3 Sempena Hari Sukan Negara 2026! π²πΎ
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 8:00 am |
|
Event End Date |
11-10-2026 5:00 pm |
|
Cut Off Date |
30-09-2026 5:00 pm |
|
Capacity |
36 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
36 |
|
Individual Price |
Registration Fee: RM300.00 per team | REGISTRATION CLOSED β FULL CAPACITY REACHED |
|
Location |
PADANG BESBOL UPM |
We are no longer accepting registration for this event