HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN

Sambutan ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja, di samping menyemarakkan semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara wargakerja. Pelbagai acara sukan dan aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan ini, antaranya badminton, pingpong dan netball shoot out. Penganjuran acara-acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bidang sukan, malah turut memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan persaingan secara sihat dalam suasana yang harmoni. Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Majlis Sukan Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan meriah dan mencapai matlamatnya dalam menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kebersamaan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sukan dan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Event Information
|
Event Date |
04-10-2026 |
|
Event End Date |
04-10-2026 |
|
Capacity |
110 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
110 |
|
Individual Price |
$5,000.00 |
|
Location |
MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN
|
We are no longer accepting registration for this event