HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2026

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 pada 9 Oktober 2026 bertempat di pejabat jabatan. Program dimulakan dengan ucapan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka yang turut melancarkan Cabaran JTK Melaka Sihat & Cergas 2026/2027. Program diteruskan dengan sesi bergambar berkumpulan dan aktiviti senamrobik (Zumba). Aktiviti yang pada asalnya dirancang sebagai brisk walk di Taman Botanikal Melaka telah ditukar ke aktiviti senamrobik di pejabat berikutan keadaan jerebu dan kualiti udara yang kurang sihat. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.
Event Information
|
Event Date |
09-10-2026 3:00 am - 4:00 am |
|
Cut Off Date |
09-10-2026 3:00 am |
|
Capacity |
40 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
40 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
PEJABAT TENAGA KERJA MELAKA
|
We are no longer accepting registration for this event