XPLORASI MAGHI 10K LANGKAH

Bagi menggalakkan warga UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan padatahun 2011 (NHMSIV) oleh KementerianKesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkahsebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif. Selaras dengan itu, pihak UiTM jugamengambil inisiatif untuk memperluaskan kempen ini kepada semua warga UiTM diseluruh Malaysia. Bagi memastikan kempen ini berjaya, pihak UiTM Cawangan Terengganu menerusi Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah merancang untuk mengadakan Program XPLORASI MAGHI 10K LANGKAH.

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:00 am - 12:00 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location Universiti Teknologi MARA (UiTM)

We are no longer accepting registration for this event