#MALAYSIAAKTIF #HSN2020




KENYATAAN MEDIA
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
PENANGGUHAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2020

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober 2020 (Sabtu) ke satu tarikh bersesuaian yang akan diumumkan kemudian.

Sambutan HSN 2020 di peringkat negeri-negeri, kementeriankementerian dan agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah, mahupun persatuan-persatuan dan komuniti sukan yang telah bercadang untuk menganjurkan sambutan bersama bagi merancakkan lagi suasana Hari Sukan Negara juga disarankan untuk mengambil langkah yang sama.

Keputusan penangguhan HSN 2020 ini dibuat setelah mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes Covid-19 baru-baru ini dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko penyebaran pandemik tersebut demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Semua penggiat sukan juga diingatkan untuk sentiasa menjaga diri, kekal sihat dan aktif mengikut garis panduan standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan yang sedang berkuatkuasa.

DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

2 OKTOBER 2020

FAQ PENANGGUHAN #HSN2020

1. Adakah sambutan Hari Sukan Negara 2020 ditangguhkan?
Ya. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN sambutan Hari Sukan Negara (HSN2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober 2020 (Sabtu) ke satu tarikh bersesuaian
yang akan diumumkan kemudian.
2. Bagaimana dengan sambutan HSN 2020 di peringkat negeri, kementerian, agensi kerajaan, NGO dan komuniti?
3. Mengapakah KBS menangguhkan Hari Sukan Negara 2020?
4. Adakah saya dibenarkan untuk melakukan aktiviti sukan dan rekreasi susulan penangguhan Hari Sukan Negara 2020?
5. Saya merupakan pengusaha dan operator fasiliti sukan. Bagaimana dengan operasi premis sukan saya? Adakah saya dibenarkan untuk beroperasi susulan penangguhan Hari Sukan Negara 2020?
6. Adakah saya dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan rekreasi pada 10 Oktober 2020?
7. Di manakah saya boleh mendapatkan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi bagi tujuan rujukan?
8. Di manakah maklumat mengenai HSN2020 dapat diperolehi?
Go to top