PUTRAJAYA 13, Disember 2019- Aktiviti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan telah dijalankan dengan jayanya.

Tujuan EKSA diadakan adalah untuk menambahbaik persekitaran tempat kerja supaya kemas, selesa dan selamat. Hal ini dapat mengekalkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan. EKSA juga membentuk budaya kerja yang ceria, efektif dan inovatif di samping meningkatkan kesedaran di kalangan warga kerja i-LEAD terhadap kepentingan penjimatan tenaga dan kitar semua (Go Green). Secara keseluruhannya ia akan mencerminkan imej korporat organisasi tersebut.

Aktiviti EKSA telah berjaya membuatkan persekitaran ruang kerja di setiap bahagian dan kluster lebih teratur, tersusun serta kemas. Selain itu pengemaskinian dokumen secara terperingkat juga telah dibuat memenuhi kehendak EKSA. Amalan ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara ahli EKSA dan kakitangan i-LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan