CYBERJAYA, 12 Disember 2019 – Kluster Kerjaya di bawah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah membuat lawatan kerja dan mengadakan hubungan strategik bersama Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC) di Cyberjaya.

Pengisian lawatan tertumpu kepada perkongsian ke arah inovasi dan kreativiti menggunakan design thinking tools. Design thinking merupakan satu proses, yang boleh digunakan untuk semua lapisan kehidupan, mewujudkan idea baru dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan ia tidak terhad kepada industri tertentu atau bidang kepakaran. Seterusnya melalui pemikiran ini, Kluster Kerjaya dapat mengorientasikan kepakaran dan kreativiti dalam membentuk modul yang sesuai kepada sasaran i-LEAD.

Kluster Kerjaya turut mengambil inisiatif mengadakan hubungan kerjasama dan membincangkan program kolaborasi bersama MAGIC untuk tahun 2020.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan