PUTRAJAYA, 5 Disember 2019 - Perhimpunan Bulanan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Bil. 8/2019 telah berlangsung secara julung kalinya di bangunan baharu di Dewan Damar Sari F8, Parcel F, Presint 1, Putrajaya. Perhimpunan bulanan kali ini, telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan, i-LEAD.

Perhimpunan ini dimulakan dengan perkongsian maklumat oleh Puan Kartini binti Karim daripada Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan tajuk “Warga Berprestasi Menjana Produktiviti”. Beliau telah berkongsi konsep serta kaedah kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan membudayakan pegawai i-LEAD dengan budaya kerja yang cemerlang.

Perhimpunan juga diserikan dengan persembahan selingan dari Kumpulan Koir i-LEAD dengan mendendangkan beberapa buah lagu yang menarik perhatian hadirin yang hadir.

Seterusnya acara diteruskan dengan amanat daripada Ketua Pengarah i-LEAD, YBrs. Encik Abdullah Bin Hasan. Beliau memperingatkan kepada semua warga kerja i-LEAD agar sentiasa mengingati visi, misi dan nilai i-LEAD agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan menjadi peneraju dalam apa jua tugasan yang dilaksanakan.

Seterusnya acara perhimpunan dimeriahkan lagi dengan penyampaian replika kunci pejabat baharu i-LEAD oleh wakil Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBPH) dan replika kunci kereta jabatan yang baharu daripada wakil Syarikat SPANCO Sdn. Bhd.

Warga i-LEAD dan tetamu juga dipersembahkan dengan tayangan video khas lokasi perpindahan i-LEAD ke Parcel F10.

Kemuncak acara perhimpunan adalah Perasmian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) i-LEAD dan penyerahan sijil kepada ahli jawatan kuasa EKSA i-LEAD yang telah dilantik.

Warga i-LEAD yang lahir pada bulan November dan Disember juga turut diraikan dengan majlis sambutan hari lahir pada penutup perhimpuan kali ini.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan