BANGI, 22 November 2019 - Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bermula pada 1 April 2019, sebanyak 13 kohort Program MFLS telah dilaksanakan dan melibatkan seramai 22,111 orang peserta.

Program MFLS ini mensasarkan penyertaan seramai 35,000 orang pada tahun ini. Berasaskan jumlah ini, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan Konvensyen Alumni MFLS pada 22 November 2019 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia UKM yang turut dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Turut hadir adalah Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman dan YB Steven Sim Chee Keong. Konvensyen MFLS adalah yang julung-julung kalinya diadakan, menghimpunkan seramai 1,600 orang Alumni MFLS dalam sebuah acara kemuncak bagi peserta-peserta MFLS kohort yang terdahulu.

Objektif utama konvensyen ini adalah untuk menguji dan mengukuhkan lagi ilmu dan kemahiran para alumni tentang 5 elemen MFLS yang telah mereka pelajari menerusi pengaplikasian di dalam sesi pecahan kumpulan yang dianjurkan bersama rakan-rakan industri, pemegang taruh dan juga selebriti.

Di dalam majlis berprestij ini juga, para alumni menyerahkan resolusi mereka yang menterjemahkan peranan belia sebagai bakal pemimpin masa hadapan negara kepada Perdana Menteri Malaysia. Resolusi ini hasil dari mini konvensyen yang dihadiri oleh bekas alummi MFLS di setiap negeri.

Dua panel jemputan konvensyen terdiri daripada beberapa orang tokoh yang dikenali antaranya Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ Nicol David dan lain-lain. Mereka berkongsi pengalaman dan cabaran yang pernah dilalui dan juga memberikan tips untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan