KUALA LUMPUR, 19 NOVEMBER 2019 – Rancangan Bicara Inspirasi telah mengundang Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD),  YBrs. Encik Abdullah bin Hasan sebagai tetamu untuk membicarakan topik MFLS: Inspirasi Pemimpin Masa Depan. Rancangan ini bersiaran selama 1 jam bermula jam 9.00 malam pada 19 November di Saluran 1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kupasan topik menjurus kearah agenda mewujudkan pemimpin masa depan negara melalui kerangka program i-LEAD. Selain memperkenalkan i-LEAD sebagai sebuah entiti baharu bagi pembangunan kepimpinan di kalangan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Selain itu, perbincangan juga turut memperkenalkan program Malaysia Future Leaders School (MFLS), merupakan sebuah program baharu yang dibentuk untuk melahirkan pemimpin belia yang boleh menyumbang sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara. Program melibatkan gabungan latihan secara outdoor dan indoor,   telah dilaksanakan bermula bulan April hingga Disember 2019.

Pemilihan peserta adalah inklusif di mana peserta terdiri daripada murid-murid yang berumur antara 15 hingga 17 tahun daripada pelbagai kaum. Peserta juga terdiri dari pelbagai latar belakang dari segi status sosio-ekonomi dan pencapaian akademik.

YBrs. Encik Abdullah bin Hasan turut mewara-warakan berkenaan Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang akan diadakan pada 22 November 2019 kepada umum. Konvensyen ini akan dilaksanakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ucaptama konvensyen akan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia iaitu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berkenaan peranan belia sebagai pemimpin masa depan dan menyediakan platform pada generasi muda untuk menyuarakan sumbangan mereka dan memupuk semangat jati diri dalam kalangan belia.

Tema konvensyen adalah memperkasa jati diri belia dan peserta yang hadir akan membawa bersama resolusi yang telah dipersetujui hasil dari mini konvensyen yang dihadiri oleh mereka di setiap negeri, untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan