SLOT NASIONAL FM BERSAMA i-LEAD
- iLEAD1
- Berita Terkini

KUALA LUMPUR, 18 November 2019 - YBrs. Dr. Hanafi bin Harun iaitu Pengarah Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah berpeluang menjadi tetamu dalam Slot Interaksi di Nasional FM yang bersiaran jam 5.30 petang.
Topik yang diketengahkan adalah pemakluman berkenaan Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang akan diadakan pada 22 November 2019 kepada umum. Konvensyen yang julung kali diadakan ini akan dilaksanakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia. Ucaptama konvensyen akan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia iaitu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamed berkenaan peranan belia sebagai pemimpin masa depan dan menyediakan platform pada generasi muda untuk menyuarakan sumbangan mereka dan memupuk semangat jati diri dalam kalangan belia.
Tema konvensyen adalah memperkasa jati diri belia dan peserta yang hadir akan membawa bersama resolusi yang telah dipersetujui hasil dari mini konvensyen yang dihadiri oleh mereka di setiap negeri, untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.