SEPANG, 17 Oktober 2019 - Program Rintis Training Of Trainers i-LEAD pada 16 hingga 17 November 2019 telah berlangsung di Kem Wawasan Negara KLIA. Program ini diselia oleh Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan, i-LEAD.

Objektif program ini adalah untuk menjadikan peserta sebagai agen penyampai yang bertauliah dalam penyampaian dasar dan hala tuju negara melalui modul-
modul terkawal i-LEAD. Selain itu, proses penyebaran maklumat berkaitan fungsi dan peranan i-LEAD melalui penglibatan ahli- ahli bengkel juga dapat dilaksanakan dan hal ini dapat membantu melancarkan pelaksanaan program latihan yang dilaksanakan oleh i-LEAD pada tahap yang cemerlang.

Pengarah-pengarah bahagian dan kluster turut hadir bagi menyampaikan maklumat berkaitan peranan setiap bahagian dan kluster yang terlibat. Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 33 orang meliputi pelbagai bidang sama ada pegawai kerajaan, swasta mahupun persendirian yang telah menghantar borang permohonan dan dipilih melalui saringan untuk menghadiri program ini.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan