Tanjung Malim, 7 November 2019 – Bahagian Pengurusan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Sektor Pembangunan i-LEAD pada 4 hingga 6 November 2019. Bengkel telah berlangsung di Scholar's Suite's Tanjung Malim, Perak.

Objektif utama bengkel ini adalah membincangkan perkara berkaitan pelan pembangunan strategik di bawah sektor pembangunan yang merangkumi aspek dasar, perancangan strategik, piagam pelanggan, inovasi, kewangan, pembangunan modal insan melalui latihan, pengurusan sumber manusia dan aspek pembangunan infrastruktur teknologi maklumat (ICT) bagi tahun 2020 hingga 2023.
.
Selain itu, bengkel ini turut memfokuskan tentang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi setiap bahagian serta kos dan implikasi kewangan bagi program-program yang akan dirancang bagi tempoh tahun 2020 hingga 2023 di bawah Sektor Pembangunan. Melalui bengkel ini juga turut dibincangkan isu-isu yang relevan untuk dijadikan persediaan bagi situasi luar jangka untuk perancangan yang telah dirangka.

Yang Berbahagia, Datuk Roslan Bin Eusoff iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) telah merasmikan bengkel dan turut sama-sama berada sepanjang bengkel berlangsung bagi berkongsi idea membangunkan pelan strategik ini. Peserta terdiri daripada 50 orang pegawai di peringkat ibu pejabat dan kem telah hadir bagi memberikan komitmen untuk memastikan pelan strategik ini dapat dibangunkan dan dimurnikan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan