Ranau, 6 November 2019 – Bengkel Penyelarasan Penyertaan Malaysia Future Leaders School (MFLS) tahun 2020 telah diadakan selama 3 hari bermula 04 hingga 06 November 2019. Bengkel ini berlangsung di Kem Wawasan Negara Kundasang, Sabah dan dianjurkan oleh Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Kehadiran adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan i-LEAD.

Perbincangan bengkel meliputi skop perancangan penyertaan peserta Program MFLS Tier 2 Tahun 2020 dan tertumpu kepada perincian pecahan kaum bagi program ini. Perbincangan juga menjurus kepada kolaborasi strategik antara jabatan yang berkepentingan bagi program MFLS pada tahun hadapan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Hanafi bin Harun selaku Pengarah Kluster Kepimpinan, i-LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan