Putrajaya, 31 Oktober 2019 – Bahagian Pengurusan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), telah menganjurkan Program Fun English for Public Sector selama 3 hari bermula 29 hingga 31 Oktober 2019 di Bilik Serbaguna 3, Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Program dikendalikan sepenuhnya oleh TIM 1Training and Resources ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada penjawat awam bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dengan baik dalam pertuturan dan penulisan. Selain itu juga kursus ini dapat memperbaiki dan memantapkan penggunaan kosa kata dan struktur ayat yang betul dalam penulisan atau tugasan yang diberikan kepada pegawai dan kakitangan institut ini.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan fun learning dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), i-LEAD, Datuk Roslan bin Eusoff. Melalui ucapannya, beliau berharap agar segala ilmu yang dipelajari sepanjang program dapat dipraktikkan di pejabat masing-masing secara berkesan terutamanya pada hari Selasa setiap minggu yang merupakan English Day di Kementerian Belia dan Sukan.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan