Bangi, 30 Oktober 2019 – Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah menganjurkan Bengkel Post Mortem (Pasca Nilai) Kohort 4 hingga Kohort 11, Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) pada 29 hingga 30 Oktober 2019.

Bengkel ini telah dihadiri oleh semua Ketua Kem, pegawai dan jurulatih seluruh Malaysia berjumlah 85 orang. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) telah merasmikan bengkel ini dan upacara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah i-LEAD iaitu, Yang Berusaha Encik Abdullah bin Hasan.

Hasil daripada bengkel ini, penambahbaikan telah dibuat bagi sistem pengurusan dan penyelarasan modul Program MFLS.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan