Cameron Highlands, 25 Oktober 2019 – Kluster Kerjaya, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Kluster Kerjaya bertempat di Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands, Pahang pada 23 hingga 25 Oktober 2019.

Bengkel ini bertujuan membentuk kerangka modul latihan bagi program pembangunan kerjaya belia dan menghasilkan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) bagi program setiap sub-bidang di Kluster Kerjaya iaitu Komunikasi, Penjanaan Ekonomi dan Profesionalisme Kerjaya. Selain itu, bengkel ini juga memfokuskan penerapan lima elemen penting dalam pembangunan latihan kerjaya belia iaitu komunikasi, inovasi, kreativiti, nilai dan penyelesaian masalah.

Perbincangan dari bengkel ini telah menghasilkan tiga jenis kerangka modul bagi setiap sub-bidang iaitu modul seminar atau konvensyen, forum dan kursus serta RSP.

Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada Pegawai Kaunseling dan Pegawai Psikologi Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS), agensi-agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Talent Corporation Malaysia Berhad, Yayasan Selangor dan SME Corporation Malaysia seramai 31 orang.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Nizam bin Hj. Ismail iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan), i-LEAD.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan