Asahan, 24 Oktober 2019 – Dasar Belia Malaysia merupakan suatu dasar yang melihat masa hadapan secara jangka panjang sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 tahun mendatang. Pada masa yang sama, perlaksanaan pembangunan belia harus sentiasa relevan dan terkini berdasarkan keperluan semasa belia.

Oleh hal demikian, Kluster Modal Insan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Kerja Belia Siri 2/2019 pada 22 hingga 24 Oktober 2019 bertempat di Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, Melaka.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan i-LEAD berbengkel bagi membincangkan modul berkaitan Pekerja Belia dan mendapatkan maklumat tentang pentauliahan Pekerja Belia. Pengisian bengkel adalah pembinaan kerangka modul, pemurnian modul kerja belia dan perkongsian kaedah pementoran.

Hasil daripada bengkel ini, satu bentuk sistem pentauliahan dapat diwujudkan bagi melahirkan Pekerja Belia bertauliah di Malaysia.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan