Meru, 18 Oktober 2019 – Kem Wawasan Negara Meru telah menerima lawatan kerja oleh Dato’ Menteri Besar Selangor iaitu Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari sempena Program Malaysia Future Leaders School (MFLS).

Program ini berlangsung selama 10 hari bermula dari 16 Oktober hingga 25 Oktober 2019. Terdapat 5 elemen yang diterapkan di dalam program ini iaitu kenegaraan, keusahawanan, kesukarelawan, kepimpinan dan pembentukan watak dan jati diri. Objektifnya adalah untuk melahirkan belia yang mempunyai keupayaan berfikir secara kritis, mahir berkomunikasi, berfikiran kreatif dan inovatif, memaparkan nilai-nilai murni seperti patriotisme, jati diri, fizikal dan rohani, mempunyai semangat kerjasama dan kolaboratif.

YAB Dato’ Menteri Besar meluangkan masa beramah mesra bersama dengan pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti program ini dan berkongsi pengalaman sebagai seorang pemimpin muda.

Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Encik Mohd Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-LEAD, wakil Jabatan Belia dan Sukan Selangor dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan