Bangi, 15 Oktober 2019 – Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah menganjurkan Round Table Discussion(RTD) bertempat di Institut Semarak Felda, Bangi selama 2 hari iaitu pada 14 hingga 15 Oktober 2019. Peserta yang hadir terdiri daripada 15 agensi kerajaan dan swasta.

Program RTD ini dijalankan bagi memfokuskan setiap sub-bidang yang terdapat di dalam Kluster Kepimpinan iaitu Kepimpinan, Bina Insan dan Tadbir Urus Persatuan, seterusnya menentukan kumpulan sasar bagi setiap peringkat umur iaitu belia awal, belia pertengahan dan belia akhir. Penekanan juga diberikan kepada bentuk program dan kolaborasi antara agensi strategik serta program peningkatan profesionalisme pegawai dan kakitangan Kluster Kepimpinan.

Penceramah jemputan adalah Puan Syariffanor binti Hisham daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dan perasmian RTD telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail selaku Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan).

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan